Followers

Tuesday, March 20, 2012

my presentation

today i have a.. blalalla

Sunday, July 24, 2011

PENGERTIAN SAHUR..


SAHUR OH SAHUR..



ASSALAM'UALAIKU...
Entry kali ni pula..
saya maw kongsi ngn korang..
berkaitan pengertian mAkan SAHUR..
di bulan ramadhan..
bercerita pasal SAHUR..
teringat pula time kecik2..
.... saya adalah diantara...
yang palin mals bgn..
haha.. n satu kngn yg tak dpt dlupkan..
makn sambil mata tertutup..
sampai family gelak..hahahha...


APA ITU SAHUR??

Sahur (Arab:سحور cahaya subuh), juga di sebut Sehri, Sahari dan Suhoor,
ia ialah terma yang digunakan umat islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulan ramadhaN.
Ia di lakukan sebelum waktu imsak.
Sahur ialah makan di waktu pagi manakala iftar ialah makan di waktu petang untuk berbuka puasa pada bulan ramadan.


Niat Makan Sahur


niat makan sahur


Nawaitu shauma gadhin ‘an adaai fardhu syahri ramadhaan haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Artinya:

Dengan nama Allah yg maha Pengasih maha Penyayang saya berniat berpuasa sehari penuh besok dalam bulan ini bulan Ramadhan, karena Engkau ya Allah, amin.




Mengapakah kita perlu bersahur? Sebenarnya amalan bersahur ad

alah sunnah Nabi s.a.w dan diceritakan bahawa Rasulullah tidak pernah meninggalkan bersahur pada Ramadan. Rasulullah berpesan: “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkatan.’ (Hadis dicatatkan

Bukhari dan Muslim )

Bersahur ada keberkatan. Persoalannya keberkatan yang bagaimana? Pertama mari kita tinjau lagi apa yang dikatakan oleh Rasulullah.

Dalam kitab Shahih al-Jaami’ ada direkodkan satu pernyataan Nabi yang katanya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memohon rahmat) ke atas orang-orang yang bersahur.”


Masya-Allah, begitulah hebatnya bersahur. Amalan bersahur yang kita laksanakan itu bermakna kita telah menegakkan amalan sunnah Rasulullah dan ini juga satu pembuktian iman dan takwa.


Abu Sa’iad Al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah mengatakan: “Bersahur itu semuanya berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya sekalipun salah seorang kamu bersahur dengan seteguk air kosong, kerana sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya memohon rahmat kebaikan kepada mereka yang bersahur.” Pernyataan hadis Nabi ini boleh kita rujuk dalam kitab Shahih At-Targhib Wa At-Tarhib.


Satu aspek lagi yang harus kita fahami ialah amalan bersahur itu membezakan puasa kita dengan puasa yang diamalkan penganut agama lain. Ini kerana boleh dikatakan semua agama mempunyai amalan berpuasa mengikut gaya dan cara mereka tersendiri. Tetapi dalam Islam, keistimewaan bersahur menjadi pembeza amalan berpuasa itu. Hal itu ditegaskan sendiri oleh Rasulullah yang mengatakan: “Sesuatu yang membezakan antara puasa

kita dengan puasa Ahlul-Kitab adalah sahur.” (Hadis diriwayatkan Muslim dan at-Tirmidzi)

Ahlul-Kitab tidak pernah makan sahur untuk berpuasa, justeru kita umat Islam diperintahkan untuk membezakan diri dengan mereka. Meskipun tanpa bersahur puasa kita tetap sah di sisi Allah, namun dengan mengamalkan bersahur itu menunjukkan kita menyanjungi sunnah amalan Rasulullah dan mengikuti sunnah Nabi sebagai bukti kecintaan kita kepada baginda.

Jika diteliti daripada sudut sains kesihatan moden sekalipun, jelas amalan bersahur itu menepati piawai menjaga kesihatan tubuh dan sebagai persediaan

berpuasa di siang hari.

Misalnya daripada laporan kajian Dr Theresa Nicklas, seorang pakar kesihatan dari Kolej Perubatan Baylor yang melakukan satu tinjauan terperinci bersama rakannya mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi akan berkemungkinan menanggung risiko dua kali ganda kekurangan zat besi dalam darah dan akan membawa kepada penyakit anemia, iaitu sejenis penyakit akibat kekurangan hemoglobin dalam darah.



Kajian itu dikeluarkan kepada umum pada 24 September 2001. Justeru, dapat kita kaitkan di sini bahawa amalan bersahur menepati kehendak sains kesihatan dalam mempersiapkan anggota tubuh dengan perbekalan zat yang sepatutnya. Ini kerana bersahur itu juga adalah bersarapan pagi. Demikian hebatnya sunnah Nabi yang telah lebih 1,400 tahun dulu diamalkan dan baru kebelakangan ini pakar sains moden berjaya menemui khasiat dan keutamaannya kepada kesihatan manusia. Tepatlah dikatakan bahawa semua urusan Allah adalah indah dan ini terbukti dalam amalan bersahur.


Bersahur adalah satu ibadah dan melaksanakannya bermakna mencintai sunnah Rasulullah. Ia bukan sekadar memenuhi perut dengan makanan dan minuman. Mari kita hayati peringatan Allah kepada kita:



“Katakanlah, mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa terdapat syurga di sisi Tuhan mereka mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya, (iaitu) orang-orang yang berdoa, Ya, Tuhan kami, sesungguhnya kami beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang-orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah dan yang memohon ampun di waktu sahur.’ (Maksud surah Ali Imran ayat 15-17).


Ayat Allah itu memberitahu kita bahawa waktu bersahur termasuk dalam saat yang terbaik dan yang paling afdal untuk memohon doa kepada Allah.

Jadi, dapatlah dikatakan amalan bersahur adalah anugerah Allah kepada kita yang berpuasa pada Ramadan dan hendaknya kurniaan nikmat itu jangan dilepaskan begitu saja. Manfaatkan dengan sepenuh ikhlas mengharapkan keredaan dan keberkatan Allah.

Semoga Ramadan tahun ini kita penuhi dengan segenap amalan wajib dan sunat semata-mata mengharapkan ganjaran pahala berganda di sisi Allah. Ini termasuklah dalam bangun bersahur. Ingatlah, bersahur itu satu ibadah dan amalan sunnah Rasulullah




SELAMAT BERSAHUR...

PENGERTIAN PUASA...

Ramadhan Datang Lagi..


Assalamualaikum..
dlm entry kali ne..
saya maw share berkaitan puasa...
dalam berapa hari lagi..
kita akn mymbut..
kdtgn Ramadhan...
tersa kerdil diri ini...
diatas kekuasaan ALLAH s.w.t...


Puasa (bahasa Arab: صوم)

secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri.

Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diridaripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

puasa juga ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalahmenjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktutersebut, walaupun semasa berbuka.



Hukum Puasa

Puasa Wajib

  1. Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hi jrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
  2. Puasa Kifarah.
  3. Puasa qadha
  4. Puasa Nazar.

Puasa Sunat

Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

  1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
  2. Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah, namun menurut Ahli Sunah Waljamaah (Sunni), berpuasa pada 9 Zulhijjah adalah haram bagi orang yang menunaikan ibadah Haji. Berpuasa pada 9 Zulhijjah juga adalah dilarang dalam Mazhab Syiah.
  3. Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
  4. Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
  5. Puasa pada 13, 14, 15 haribulan pada setiap bulan Islam Hijrah. Pada tarikh-tarikh tersebut bulan akan berada dalam keadaan amat jelas kelihatan serta purnama penuh.

Puasa Haram

  1. Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
  2. Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
  3. Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
  4. Puasa pada Hari Tashriq pada 11, 12, 13 Zulhijjah
  5. Puasa perempuan haid & Nifas
  6. Puasa pada Hari Arafah yakni pada 9 Zulhijjah, larangan berpuasa menurut Mazhab Syiah, tetapi berpuasa pada hari tersebut adalah sunat bagi Mus lim yang mengikuti Mazhab Ahli Sunah Waljamaah, namun menurut pandangan Ahli Sunah Waljamaah juga , haram berpuasa pada hari tersebut b agi orang yang menunaikan Haji di Arafah.
  7. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
  8. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
  9. Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT


Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.

Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram pua sa.

Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:

  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perka ra yang membatalkan puasa mulai terbi t fajar hingga terbenam matahari.

Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.


Perkara yang membatalkan

puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:


  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyem bur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pad a rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau di telan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah

aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Tingkatan Puasa

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:

  1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari pe rkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.


Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).


dengan adanya entry pada kali ini..
dapatlah kita sama2..
mempelajari dan mengetahui..
pengertian puasa,syarat2 puasa,perkara yg mbtalkn puasa..
dan sebagainya..
marilah kita sama2..
menyambut kdtgn BULAN RAMADHAN..
dengn penuh kegembiraan...
dan beribadat Kepada ALLAH s.w.t..
semoga kita semua mendapat..
HIDAYAH DAN RAHMATNYA..
insyaALLAH...
AMIN..


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK..


Casting/ Screen Test

Tired but Enjoy..


baru- baru ne..
aku ada ikut ujibakat..
dalam awal bulan jua la..
ujibakat berlakon..
bagi filem Sabah Pertama..
tajuk filem..(....)
than pada..
22/7/2011..
saya dapt msj..
dan mgtakan kna suruh ..
dtg untuk casting/Screen Test..
saya pun dtg la..
wooo..
syok jua la..
tidak semudah yg disangkakn..
hahahha...
so tnggal tunggu jwpn jak..
watak mana yang..
paling sesuai bg aku...
by da way..
saya very enjoy that time...
thnks to MR Tony Francis Gitom..
who Gave me chance to..
show my talent in acting..


thnks...

Monday, July 4, 2011

THE SUBJECT..

**************************************
List of Subject that I'm Taking this sem...

**************************************
ermm...
yeah this is end of sem..
So need to study hard..
plus smart..
coz start from
2morow...
nah my perang!!!
haahah...

******************************
The Days..

********************
Monday 04/july/2011
start with Language subject...
quite easy la..
hhaha...
SHOW OFF....

ENGLISH FOR RESEARCH...

*******************************

Then..
on TUESDAY 5/July/2011..
is Business subject...
Ermm...
Mcm bole la..hahah
not sure..
but i know I can.
hahaha

CONSUMER BEHAVIOR...
*****************************

And
FRIDAY 8/JULY/2011
is Language Subject...


BUSINESS COMMUNICATION
*******************************

and second week
On MONDAY 11/7/2011
is also language Subject...
quite easy jua..
hehehe..
SHOW OFF
aGain..
haahha..


MALAYSIA STUDIES
***********************

Next day pula
on Wednesday 13/July/2011
Calculation subject..
YEAHH!!
ma faborit subject
heheheh
my confidence level
untuk achive A
in this subject is 100 %
waooo..
hahhaha...
SHOW OFF
again.. n again..



BUSINESS STATISTIC
************************
and.... and.... and....
my last subject FRIDAY 15/JULY/2011
also calculation subject lagi..
hahha...
no more show off ka??.
hahaha...
killer subject ne...
sush gila jo!!
hahha
hopely run smothly la
Yeah!!!

FINANCIAL ACCOUNTING..
*****************************

harap2 this sem..
Pointer Mantap..
maw kasi Lebih mantap..hahhahah




EXAM...EXAM....EXAM...





Perkara yg paling dirisawkan
oleh semua mahasiswa/siswi..


adalah Final Exam...
trutamnya Aku sendiri..
hahahaha...


Skrg ne pown sakit2 lagi
YA ALLAH berikn la kekuatn bg ku..
harap2 sem ne..
dapt buat yg terbaik...
maw kasi naik ponter lg..
ehehe..



Minggu ne la..
minggu paling bz bg ku...
haha..


STUDY...STUDY..STUDY..
tapi persoalnya...
BUSY2 pun napa sempt g
maw berblog???
hahaha...

WISH ME LUCK K..

Friday, July 1, 2011

Twintech 4th Annual Dinner

GLAMOUR GILAK!!!!


Erm.. biar pun terlambat..
berapa bulan..
post jua..
dimana satu malam..
yg dinanti-nantikan...


bergaya gilak!!


oleh semua Twintech Students..
Malam Makan Malam Tahunan..
dengan bertemakan Black& white..
malam tue sungguh meriah..






saya la org paling hapy...
dapat 3 ANUGERAH..
ehhehe..bergaya bersama anugerah..



BEST MARKETING STUDENT..
FAVORITE STUDENT
KING OF THE NIGHT..
hapy jua la...
hehhe...



antara anugerah


Kiri: KING OF THE NIGHT...
Tengah: BEST MARKETING STUDENT
Depan/Kanan: FAVORITE STUDENT**
** Berdasarkan UNDIAN dr Lecturer n Staff Twintech**

I LOVE MY MAMA..

MAMA...

ketika berjauhan,

masih ku rasa...

hangat kasih mu mama..

betapa ku rindukan,

redup wajah mu,

hadir menemaniku...

terbayang ketenangan,

yang selalu kau pamerkan,

bagaikan tiada keresahan....

walau hati mu sering terluka,

tika diriku terlanjur kata,

tak pernah sekali kau tinggal kan,

diriku sendirian...

ketika ku dalam kedukaan,

kau menatap penuh pengertian,

di saat diriku kehampaan,

kau sedia mengajar ku erti kekuatan...

terpancar kebanggaan dalam senyummu melihat ku berjaya,

bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa,

dengan kata azimat kau nyalakan semangat...

restu dan doa kau iringkan...

tak dapat ku bayangkan,

hidupku mama,

tanpa engkau di sisi,

sebuah kasih sayang....

yang kau curahkan,

tersemat di hati....

ketahuilah anak mu ini..

amat menyanggi mu..


ADIE PUTERA

KeRaNaMu keKaSiH..



CORETAN HATI SEORANG JEJAKA..



Kenapa la hidup mcm ne???
aku uda try to make it more better..
kita pya relation ne...
tp makin hari makin teruk..
mybe aku ne..
bkn pilhn terbaik kali...





when i think deply..
yeah im yg salah..
but tak kan at the...
same time ko pon
tidak mgalah??
fuhh...
ne kah dugaan...
walau mcm mna pun...
i will try to keep..







kt pya relation ne...
hngga la we found our
own way...
nothing words can say...
that to prove how much..
I LOVE U...
plez la try to..
understnd my situation...
sometimes ermmm...
never mind la..
juz 4get it...

Tuesday, June 28, 2011

ENTAH LAH KENAPA?

study...study...study....

arghhh!!! sometimes saya rasa mcm mals sudh study...
inda taw la kenapa...
give up...
pa la kena dgn aku skg ne...
kalo saya pikir dalam2 sedalm lautan marina..
pa yg saya dpt kalo x study kan??
walau apa pun aku kena kasi abes juga my first degree...
YA ALLAH berikan la hamba mu ini kekuatan untk menepuhi
hidup... walau sukar akan ku try...
at least ada jua sijil kan..
g pon ntah brapa bnyak University n College uda
saya kuar masuk...
nasib la skg ne masuk..
TWINTECH International University College of Technology
masi bertahan Sampai sekarng....
harp2 la aku dapt kekuatan...
untuk meneruskan perjalanan..
sebagai seorang MAHASISWA!!!!!
berkat doa MAMA, Family and Beloved Frens..
aso beloved Lecturer...
saya akan try unruk bertahan..
INSYALLAH...